Sunday, February 13, 2011

Tentang Kami



Koleksi hadis (grafik).. unik namanya.. ;)

Pada mulanya idea untuk menjadikan hadis dalam bentuk grafik tercetus dalam laman raudhah.com dan raudhah-teamwork (kini telah tiada..) sekitar Julai 2006. Idea ini tercetus kerana ada dikalangan ahli forum yang mempunyai minat dalam grafik.. maka tercetuslah idea untuk mengumpulkan ahli (seperti Yamie Abbas, Muhd, dan lain-lain.. ) yang sanggup berkongsi ilmu dan minat untuk turut serta dalam projek mini ini..



Syaratnya yang dikenakan antaranya, ahli raudhah mesti mendapatkan hadis sahih dan diletakkan grafik.. Jika ada apa-apa pertanyaan daripada ahli lain, maka diminta yang lebih (ahli hadis) merujuk/menjawab/menerangkan sebarang pertanyaan..

AlhamdulilLah, tanpa disangka grafik-grafik dihasilkan menular melalui laman sosial ketika itu (seperti friendster dan myspace) dan turut menular pada laman forum lain seperti ukhwah.com dan shukur.org dan banyak lagi..

Namun ~ langit tidak selalunya cerah ~.. suram malam tak berbintang... mendung berarak pergi..  ;)

Ahli-ahli tidak mampu memberikan komitmen (ada yang masih belajar, baru bekerja, baru merancang selangkah ke gerbang perkahwinan.. dan sebagainya..).. Maka terbantutlah dan terhentilah.. tanpa disangka-sangka..

Lebih 5 tahun lamanya menyepi..

AlhamdulilLah, sempena Maulidur Rasul 1432H.. ALLAH Ta'ala menggerakkan hati kerdil ini.. dan tanpa disangka.. grafik-grafik lama yang disimpan dalam portable hardisk masih utuh biar lebih 8 tahun tak terusik..

Maka lahirlah jomhadis.blogspot.com yang berdiri atas platform blogger.. idea lama yang diberi nafas baru..

Semoga apa yang diusahakan ini diberkati dan dirahmati ALLAH Ta'ala di dunia dan diakhirat.. Masih jauh ranjau duri perjalanan ini.. Ameen Ya Rabbal A'lameen.


~ Salam bersambut, Ukhuwwah bertaut ~


~ Allahumma Solli a'la Sayyidina Muhammad Wa a'la Alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim ~
~ LailahaillalLah Muhammadur RasululLah SAW ~


0 comments:

Post a Comment